Assalamualaikum pembuka cerita,
Buat tatapan pembaca semua,
Bukan menghina bukan mengata,
Hanya sekadar penghibur duka.
Ingat dia gelagat kelas kami,
11 putera 12 puteri,
Matlamat kami ke universiti,
Setiap hari sering bertelingkah.
Senyum termeweh menawan sekali,
AFF 2334 dipandu hari - hari,
Inilah dia ayahanda kami,
En. Zahari Bakri empunye diri.
Inilah dia monitor kami,
Mohd Raimi nama diberi,
Orangnyer tinggi kecil sekali,
Tapi awas kecil-kecil bijak tai-chi.
Memakai tudung nampak menawan,
Diganding dengan jejaka idaman,
Assistant monitor kami utarakan,
Aini Natasha diri dinamakan.
Berlalu sudah pemimpin kami,
Tibalah giliran anak buahnya kini,
Pelajar putera akan mendahului,
Pelajar puteri akan menyusuri.
Hari - hari meniti masa,
Mirip wajahnya macam professor,
Orangnyer cerdik lagi berbisa,
Ahmad Muhaimin pewaris bangsa.
Orangnyer ader sepasang mata,
Kononnya nak jadi pelawak,
Abdul qofarudin empunye cerita,
Seperti Abby Halim penghibur duka.
Setiap hari menaiki kereta,
Pandang sebelah mata,
Orangnyer mereng otaknye geliga,
Muhammad Faizal yang dipuja.
Orangnyer kurus macam lidi,
Dari Ipoh dia kemari,
Bersama - sama menaiki kereta api,
Ahmad Nor Hazim nama diberi.
Rafi dan Azad dua sekawan,
Mereka berdua duduk berjiran,
Seorang pemalu dan seorang pendiam,
SPM 9 1A 2008..hendak ditawan.
Lain pula dengan Azizi,
Sentiasa diam setiap hari,
Tapi awas diam berisi,
Duduk dia di atas kerusi.
Sedap sungguh ikan haruan,
Kalau dibuat ikan goreng,
Itulah gelaran glamour si Azwan,
Orangnya hensem tapi samseng.
Gelaran Dato` idaman di hati,
Orangnya pandai lagi baik hati,
Semuanya dapat apa yang dihajati,
Mohd Radhi empunya diri.
Orangnya pandai bijak bestari,
Selalu membaca komik Kreko
Sifatnya suka merendah diri,
Itulah dia Mohd Fuad.
Syafiqah Aiman nama diberi,
Bercita - cita nak jadi perdana menteri,
Orang kaya baru menang loteri,
Belanja kiteorang dier kata `sorry`
Rupanya cantik jelita,
Berhati mulia berbudi pekerti,
Bab pelajaran beria- ia,
Yasmin Jeffry glamour sekali.
Berhati lembut berjiwa satu,
Asalnya dari Alor Setar,
Nor Azifah orangnya pemalu,
Kasi can same depa blah la lu.
Hitam manis cantik rupenyer,
Besar molek itulah orangnyer,
Kalau nak tahu siapa dirinya,
Nina Liyana itulah namanya.
Bermain bola pilihan utama,
Anak kesayangan papa dan mama,
Orangnya aktif bercita - cita mulia,
Itulah dia Juwairiah.
New Boys kumpulan diminati,
Artis pujaan tetap di hati,
Inilah dia orang dicari,
Farah Liyana empunya diri.
Berkulit gelap bermata bulat,
Gelaran special ` Black Duck ',
Dalam kelas selalu menyalak,
Siti Sofia punyalah gelagat.
Kami ceritakan bendahari kelas,
Orangnya jujur lagi amanah,
Berbadan kecil bertaraf HIGH CLASS,
Bendahari kami Muna Basir.
Berbadan `langsing' seperti peragawati,
Amat senang bergurau senda,
Nik Fatiha empunya diri,
Jangan rapat dah ada yang punya.
Bahasa cina semuanya tahu,
Mata sepet kacukan cina,
Amat pandai membuat lucu,
Amirah Imilia pencetus suasana.
Azween Ezwanee orangnya peramah,
Suka berjalan kesana - kesini,
Selalu membuat ketua marah,
Kalau dilarang makin menjadi.
Dari pangkal hingga ke hujung,
Sambil meniti berhati-hati,
Kalau ada yang tersinggung hati,
Jangan disimpan di dalam hati.
Sekian sahaja celoteh kami,
Izinkan hamba mengundur diri,
Tutup bicara saya sudahi,
Semoga berjumpa dilain kali.
hey dude!.......do u still remember all this sweet memories..........







yang paling best sewaktu makan durian..

sape suh gune tangan mmg la ssh....






Yg ni plak sewaktu parti perpisahan kiteorng....sedihnyer..













aku actly nk letak semua kenanagn manis kite..namun aku x sanggup nk tngk muke korang sb ia
0 comments:
Post a Comment