BIASISWA KERAJAAN,ISU DAN KESANNYA...
Assalamualaikum.....
Baru-baru ini ramai pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).Sedasawarsa ini ramai pelajar bertanding bagi mendapatkan tajaan ataupun biasiswa daripada badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan ( NGO ),yang memohon mencecah beribu-ribu orang,namun begitu tempat yang disediakan adalah sangat terhad.Dek kerana itu,ada sesetengah yang dapat dan ada juga yang tidak berjaya sewaktu memohon tajaan tersebut.Untuk pengetahuan semua,tajaan diberi berdasarkan kriteria - kriteria yang telah ditetapkan.Bagi mendapatkan tajaan ini bukanlah perkara yang mudah,kerana persaingan yang tinggi dan juga penampilan diri serta tahap pengetahuan seseorang itu sewaktu sesi temu duga.Ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah menghadiri temu duga,bagi mereka yang pernah menghadiri temu duga,adalah satu kelebihan yang ada pada diri seseorang tersebut.Contohnya,bagi para pelajar MRSM mereka pasti pernah menghadiri temu duga aka Mock Interview.Pada waktu ini,para pelajar didedahkan bagaimana situasi sebenar semasa sesi temu duga berlangsung.Para pelajar juga akan ditegur sekiranya terdapat salah dan silap sewaktu sesi ini berlangsung.
Sejak kebelakangan ini,saya amat terkejut apabila membaca akhbar yang menyatakan perasaan tidak puas hati kaum Cina kerana tidak mendapat tajaan daripada pihak JPA.Adakah perkara ini perlu dibincangkan dan dibesar-besarkan sehingga menjadi salah satu tajuk perbincangan di kabinet? itulah persoalan yang sering kali bermain di fikiran aku.Walaupun mereka mendapat keputusan yang cemerlang,tidak semestinya mereka boleh berjaya sewaktu sesi temu duga berlangsung.Mungkin status ekonomi keluarga yang menyebabkan mereka tidak mendapat tajaan tersebut.Mereka seharusnya menerima keputusan ini dengan hati terbuka, kerana bukan hanya kaum Cina ynag cemerlang sahaja yang tidak mendapat tajaan malah ada juga di antara mereka daripada kalangan orang Melayu yang tidak mendapat tajaan ini.Oleh itu, kita perlulah menerima dengan hati terbuka jika sesuatu yang kita impikan tidak dapat dicapai.Banyak kriteria yang diambil sewaktu membuat pemilihan bagi melayakkan seseorang pelajar itu untuk mendapat tajaan daripada JPA,contohnya merit (20 peratus), kaum (60 peratus ), penduduk Sabah dan Sarawak (10 peratus) dan pelajar dari kumpulan kurang berkemampuan (10 peratus).
Kesannya,karajaan telah mengehadkan pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Hal ini sememangnya tidak disokong oleh segelintir masyarakat,bagi para pelajar yang berminat dalam subjek berbentuk keagamaan,mereka terpaksa untuk menggugurkan subjek tersebut kerana subjek sains adalah lebih penting sekarang ini berbanding subjek-subjek lain. Contohnya, jika seseorang pelajar itu ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang kedoktoran,mereka harus menguasai subjek Bahasa Arab supaya mereka akn fasih berbahasa arab ketika di mesir nanti.Jika jumlah mata pelajaran di hadkan,mereka terpaksa menunda pembelajaran bahasa Arab di peringkat yang seterusnya sebelum berangkat ke Mesir.Secara tidak langsung,ianya akan menyebabkan pembaziran waktu berlaku.Hal ini sepatutnya di elakkan oleh kerajaan kerana ianya hanya akan membebankan para pelajar tersebut.
Tujuan saya menulis rencana ini bukanlah untuk menimbulkan isu perkauman,tetapi ingin menyatakan bahawa janganlah hanya kerana segelintir pelajar yang tidak mendapat tajaan daripada JPA akan menyebabkan pelajar lain yang akan terkena tempiasnya.Fikirkanlah kembali bahawa negara ini negara Islam,bahasa Arab seharusnya menjadi bahasa kedua ibunda selepas bahasa Melayu,seharusnya kerajaan perlu menitik beratkan hal ini,janganlah hanya kerana beberapa orang pelajar bukan beragama Islam,menyebabkan ramai pelajar Islam terpaksa memikul beban pada masa hadapan.
Sekian sahaja post utk kali ini....
0 comments:
Post a Comment